Tanggal 31Mei 2003, aku selamat diijabkabulkan dengan buah hati pilihan hatiku... Cinta pandang pertama yang terjalin antara kami mendapat restu daripada kedua belah pihak...Kami disatukan dalam majlis yang cukup meriah walaupun sederhana...
Upacara pada hari tersebut bermula dengan upacara akad nikah pada sebelah paginya...lebih kurang pukul 10.00 pagi rombongan pihak belah lelaki sampai...bersaksikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak aku dan si dia dinobatkan sebagai suami isteri yang sah...menitis air mata tatkala terdengar akad sah daripada kadi yang menikahkan kami...dalam hati hanya Tuhan je yang tahu perasan aku..gembira..terlalu gembira rasenye...dalam gembira terselit dalam hati yang aku sekarang mempunyai tanggungjawab yang amat besar yang akan kuhadapi pada hari2 akan datang...Insya Allah aku akan laksanakan dengan penuh rase tanggungjawab demi kebahagiaan rumahtangga yang kami bina ini...syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan aku dengan lelaki yang benar2 mencintaiku, seorang yang bertanggungjawab, penyayang dan semestinya kacak dimataku...